IKHLAS
Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :
“Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap Muslim mestilah mengharapkan keridlaan Allah SWT dan pahala dari-Nya.
“Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah setiap Muslim mestilah mengharapkan keridlaan Allah SWT dan pahala dari-Nya.
Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang keuntungan, kemegahan, gelar, kedudukan. Dengan karena Fitrah dan aqidah, bukan karena mengejar sesuatu dan kepentingan.”
Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :
“Katakanlah olehmu Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”
Rukun Bagi Amalan Yang Diterima
Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :
1. Ikhlas
2. Bertepatan dengan sunnah dan syara’
Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”

Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al-Quran.
Di antaranya firman Allah swt dalam surat Luqman ayat 22 yang bermaksud :
“Siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”
Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal karena-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw.

firman Allah SWT (al-Mulk : 2) :
“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya?”
“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar”
“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya?”
“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar”
Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas saja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata karena Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”
firman Allah SWT dalam surat al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :
“Siapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain”
Di atas dapatlah kita ketahui bahwa niat yang ikhlas semata-mata supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan sunnah dan syara’.

Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah SWT tidak akan diterima.
Ada tiga cara melaksanakan ikhlas pada setiap aktivitas kita
Ada tiga cara melaksanakan ikhlas pada setiap aktivitas kita
1. Ikhlas dalam berkata, perkataan dan segala yamg berkaitan dengan lidah
2. Ikhlas dalam hati
3. Ikhlas dalam aktivitas, perbuatan, pengamalan dan semua ibadah kita kepada Allah swt. Keempat komponen
1. syukur
2. sabar
3. maaf
4. tobat
kalau dibuatkan illustrasi adalah bagaikan dinding dari sisi-sisi kubus, syukur dinding sebelah depan, Sabar dinding belakang, maaf dinding sebelah kiri dan tobat dinding sebelah kanan. Ikhlas sebagai dinding bawah (alas) kubus, sedangkan dinding atas adalah bahagian diri kita yang terbuka kepada Allah swt yang akan diisi oleh Allah swt sesuai amalan dari kelima dinding tersebut. Andaikan isinya telah ada, namun oleh karena ada salah satu komponen dari kelimanya 'lemah' mungkin kurang syukur, atau tidak sabar ataukah enggan memberi maaf atau malas bertobat, maka dinding kubus kita yang lemah 'terbuka' maka dapat dibayangkan bagaimana tentang isinya, Insya Allah 'tumpah' melalui dinding yang lemah tadi. Boleh saja tumpah ke depan, ke belakang, ke samping kiri atau kanan. Apalagi kalau kelemahan itu lebih dari satu. Namun yang paling rawan jika kelemahan itu ada pada dasar kubus kita (Ikhlas). Kalau ini yang lemah bagaimana pun kuatnya dinding depan, belakang, kiri atau kanan, tapi tumpah ke bawah dan tak ada yang tersisa karena ’keikhlasan' kita tidak ada.

0 komentar:
Post a Comment